Saturday, May 18, 2013

Macam Perbuatan yang Pahalanya Tidak Putus

    Dari Anas r.a. berkata bahwa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya :

1. Sesiapa yang mendirikan Masjid maka ia tetap pahalanya selagi Masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal Ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis Mushaf, ia akan mendapat pahala selagi ada yang membacanya.

4. Orang yang menggali Perigi selagi ada orang yang menggunakannya.


5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari Manusia atau Burung.

6. Mereka mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang Sholeh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya.

8. Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Quran maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

    Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW telah bersabda : "Apabila telah mati anak adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan 3 macam :

1. Sedekah Jariah.

2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.

3. Anak yang Soleh yang selalu mendoakan baik baginya.

   Semoga kita semua dapat melaksanakan minimal 1 dari setiap macam perbuatan yang pahalanya tidak akan terhenti walaupun kita telah meninggal tersebut. Amin Yaa Rabbal 'Alamin.

No comments:

Post a Comment

Submit your website